Laman Web Sosial Memberikan Kebaikan atau Keburukan
Pada zaman moden
ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi yang wujud adalah
untuk membantu manusia memudahkan aktiviti harian termasuk bidang pembelajaran. Teknologi
dan inovasi dalam pendidikan mempermudakan pengajaran dan pembelajaran sama ada
di dalam bikik darjah mahupun di kuliah. Pembelajaran selepas waktu kelas atau
kuliah masih boleh dijalankan dengan bantuan teknologi kini. Misalnya, laman
web sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’ adalah ciptaan hasil teknologi
laman web memudakan komunikasi antara manusia tanpa perlu menggunakan telefon. Komunikasi
ini juga mudah dan cepat. Para pelajar juga menggunakan laman web sosial untuk
berhubung dengan pensyarah atau rakan sekumpulan untuk berbincang mengenai
apa-apa perbincangan akademik. Namun, ada sebilangan pelajar menjadi ketagih
untuk melayari laman web ini sehingga mengabai pelajaran dan terlalu bergantung
kepada laman web sosial untuk mendapatkan maklumat.
Berikan pendapat anda
tentang laman web sosial dalam bidang pendidikan.
Kebaikan
1. Mudah melakukan perbincangan
Perbincangan bersama pensyarah dan
rakan-rakan lain boleh dilakukan melalui kumpulan yang dikenali sebagai ‘e-groups’
dalam laman web sosial. Perbincangan akademik boleh dilakukan di luar bilik
kuliah pada bila-bila masa yang memudahkan perbincangan mengenai sesuatu
tugasan atau subjek.
2. Nota-nota boleh dimuaturun dan dimuatnaik
Perkongsian
nota-nota kuliah mengenai sesuatu subjek boleh dilakukan. Hal ini memudahkan
pelajar untuk mendapatkan nota daripada pensyarah. Salah seorang pelajar
memuatnaikkan nota dan nota itu dapat dimuaturun oleh pelajar-pelajar yang lain
tanpa perlu bergantung kepada pensyarah.
3. Mudah dihubungi atau dimaklumkan
Seseorang
pelajar yang terlibat dalam sesuatu program atau aktiviti boleh menggunakan laman
web sosial untuk mendapatkan maklumat terkini atau ‘updates’. Hal ini
memudahkan perhubungan dilakukan dan maklumat itu boleh disemak pada bila-bila
masa.
4. Perkongsian informasi
Pelajar boleh
memperolehi maklumat terkini mengenai isu-isu semasa. Kadang kala pelajar
kurang membaca surat khabar. Oleh itu, laman web sosial dapat membantu mereka
untuk mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling dengan perkongsian maklumat
oleh orang lain.
5. Menjimatkan kos komunikasi
Pada dahulunya,
telefon sering digunakan untuk berkomunikasi tetapi kini laman web sosial boleh
digunakan sebagai satu medium untuk berhubung. Misalnya, pelajar boleh
menghubungi pensyarah untuk mendapatkan temu janji di laman web sosial. Hal ini
menjimatkan kos perhubungan.
Keburukan
1. Melalaikan dan
melekakan pelajar
Pelajar terlalu
lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab mereka. Kadang-kadang tugas mereka juga terganggu. Ini mampu mengalihkan tumpuan terutamanya jika mereka menyertai
‘games’, ‘group provokasi /gossip’ dan sebagainya di laman web
sosial. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti pelajar
menurun kerana mereka berpotensi untuk
mengabaikan pelajaran .