Tuesday, 22 May 2012

ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI

Laman Web Sosial Memberikan Kebaikan atau Keburukan


Pada zaman moden ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi yang wujud adalah untuk membantu manusia memudahkan aktiviti harian termasuk bidang pembelajaran. Teknologi dan inovasi dalam pendidikan mempermudakan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bikik darjah mahupun di kuliah. Pembelajaran selepas waktu kelas atau kuliah masih boleh dijalankan dengan bantuan teknologi kini. Misalnya, laman web sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’ adalah ciptaan hasil teknologi laman web memudakan komunikasi antara manusia tanpa perlu menggunakan telefon. Komunikasi ini juga mudah dan cepat. Para pelajar juga menggunakan laman web sosial untuk berhubung dengan pensyarah atau rakan sekumpulan untuk berbincang mengenai apa-apa perbincangan akademik. Namun, ada sebilangan pelajar menjadi ketagih untuk melayari laman web ini sehingga mengabai pelajaran dan terlalu bergantung kepada laman web sosial untuk mendapatkan maklumat.


Berikan  pendapat anda tentang laman web sosial  dalam bidang pendidikan.
                                                  

Kebaikan

1. Mudah melakukan perbincangan
  Perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan lain boleh dilakukan melalui kumpulan yang dikenali sebagai ‘e-groups’ dalam laman web sosial. Perbincangan akademik boleh dilakukan di luar bilik kuliah pada bila-bila masa yang memudahkan perbincangan mengenai sesuatu tugasan atau subjek.

2. Nota-nota boleh dimuaturun dan dimuatnaik
    Perkongsian nota-nota kuliah mengenai sesuatu subjek   boleh dilakukan. Hal ini memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota daripada pensyarah. Salah seorang pelajar memuatnaikkan nota dan nota itu dapat dimuaturun oleh pelajar-pelajar yang lain tanpa perlu bergantung kepada pensyarah.

3. Mudah dihubungi atau dimaklumkan
    Seseorang pelajar yang terlibat dalam sesuatu program atau aktiviti boleh menggunakan laman web sosial untuk mendapatkan maklumat terkini atau ‘updates’. Hal ini memudahkan perhubungan dilakukan dan maklumat itu boleh disemak pada bila-bila masa.

4. Perkongsian informasi
    Pelajar boleh memperolehi maklumat terkini mengenai isu-isu semasa. Kadang kala pelajar kurang membaca surat khabar. Oleh itu, laman web sosial dapat membantu mereka untuk mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling dengan perkongsian maklumat oleh orang lain.

5. Menjimatkan kos komunikasi
    Pada dahulunya, telefon sering digunakan untuk berkomunikasi tetapi kini laman web sosial boleh digunakan sebagai satu medium untuk berhubung. Misalnya, pelajar boleh menghubungi pensyarah untuk mendapatkan temu janji di laman web sosial. Hal ini menjimatkan kos perhubungan.
   
Keburukan

1. Melalaikan dan melekakan pelajar
   Pelajar terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan   tanggungjawab mereka. Kadang-kadang tugas mereka juga terganggu. Ini mampu mengalihkan  tumpuan terutamanya jika mereka menyertai ‘games’, ‘group provokasi /gossip’ dan sebagainya di laman web sosial. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti pelajar menurun  kerana mereka berpotensi untuk mengabaikan pelajaran .

5 comments:

  1. Laman web sosial lebih kepada keburukan daripada kebaikan kerana laman web sosial mempengaruhi kelakuan dan etika pengguna. Isu yang baik untuk dibincangkan

    ReplyDelete
  2. Laman web sosial sepatutnya menjadi satu medium untuk kita berinteraksi antara satu sama lain, tetapi jika kita menyalahgunakan kecanggihan ini,ia akan membawa keburukan yang telah dikemukakan dalam blog ini.setiap pengguna harus tahu membandingkan baik buruk sesuatu perkara supaya ia tidak membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain.

    ReplyDelete
  3. Laman web sosial adalah baik jika digunakan dengan cara yang baik tetapi ia akan membawa keburukan jika disalah gunakan.

    ReplyDelete
  4. saya berpendapat bahawa laman sosial menberikan banyak kebaikan. Antaranya

    1)Perhubungan tiada batasan. Dengan wujudnya laman sosial sebegini kita masih dapat berhubung walaupun masing-masing berada jauh antara satu sama lain.
    2) Berkomunikasi. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain.
    3)Memudahkan penyebaran maklumat. Maklumat dapat disebarkan dalam sekelip mata sahaja.

    Namun jika laman sosial ini disalahgunakan ia akan mendatangkan banyak kesan yang negetif terhadap pengguna.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, laman web sosial memberikan banyak kebaikan kepada pengguna. Antaranya adalah:

    1) Keterbatasan komunikasi dapat diatasi sekiranya kita ingin berhubung dengan kenalan yang jauh.

    2) Segala maklumat berkaitan pembelajaran dalam konteks sebagai mahasiswa, dapat dikongsi melalui laman web sosial kerana aplikasi ini menyediakan ruang untuk berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk.

    3) Selain itu, laman web sosial juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan sebarang maklumat penting untuk tatapan umum supaya tanggungjawab sosial ini dapat terus dijalankan.

    ReplyDelete